Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Wednesday, November 7, 2012

Berharap Dengan Produk Cosmoderm TTO..^^

Assalamualaikum..Anhyong haseyo..^^


Lama dah aku tak update blog kan kan kan? Berbulan-bulan bersawang blog aku ni.Entah la sejak dua menjak ni rasa malas nak berblogging. Just blogwalking blog orang je. Nope i mean just silent readers.:)
Tak pernah kan aku buat produk review? So, this is my first time..

Sejak akhir-akhir ni aku sibuk mencari produk skin care yang sesuai untuk muka aku. Google macam2 produk review yang elok untuk kulit berminyak n berjerawat..Semuanya sejak aku diserang jerawat maha dasyat atas muka aku yang suci ni lepas try pencuci muka Garnier Pure Active awal tahun ni:( :(
Sakit hati nokss bila nengok muka yang dulu suci murni n takde la bermasalah jerawat sangat. Tumbuh pon bila nak period or stress..Start jerawat n berminyak pon time matriks due to study life kat matriks yang hectic giler. Tapi tak teruk sangat. Cuti sem 3 aritu mama aku suruh try Garnier sebab produk yang sebelum tu takde effect sangat kat muka n muka ade jerawat sebijik dua atas dahi...

*gamba ihsan dari pakcik google


Ni la produk yang aku guna sebabkan muka aku rasa panas, menggelupas n yang paling penting berjerawat dengan banyaknya atas pipi n dahi..:(:( 

Sebelum tu tak pernah ada jerawat atas pipi pun..FAIL produk ever atas kulit muka aku! Membe aku yang pakai produk ni pon dah jadik senasib dengan aku..dia yang tak pernah ade jerawat pakai produk ni terus berjerawat n bernanah2 atas pipi dengan dahi.Kesian giler kat dia sebab effect kat muka dia lagi teruk dari aku.. bersyukur jugak aku tak seteruk muka dia..So aku nasihatkan kat sape2 yang jenis berjerawat seketul dua tak payah la korang try produk ni. Takut effect dia makin teruk macam aku..Lama jugak aku pakai produk ni 2-3 bulan n then da tau effect dia macam ni terus aku stop.

Untuk pengetahuan korang kulit muka aku jenis kulit berminyak. Antara produk-produk yang aku pernah try sejak aku sekolah menengah,matriks and sampai sekarang..

Ginvera
Gatal-gatal pakai time aku Form 1. Pakai kejap je.Takde ape2 efek.Sekarang macam dah tak jumpa je produk ni..haha

Biore
Yang ni aku tak bape ingat bila aku pakai n ape full name dia. Tapi just ok je la. Maybe time tu hormon aku boleh terima ape2 produk. Time sekolah memang takde jerawat langsung.

Safi Balqis
Lama jugak aku pakai produk safi ni.Time2 sekolah menengah dulu. Time tu belum keluar yang Perfect 10 tu. Ok la. Bila pakai kulit muka rasa smooth je.Just macam yang sume tau Safi ni efek dia memang lambat, makan masa bertahun2.

AQURA
The BEST produk ever bagi aku. :).Aku suka giler pakai produk ni. Aku pakai time matriks. Dalam tahun 2009/2010.Maksu aku yang promote sebab dia jual produk ni masa tu n dia jadik member AQURA ni. So, dia dapat murah sikit.Produk AQURA ni ade macam2. Ade AQURA bath soap,AQURA facial soap n syampoo tudung.Mak aku beli AQURA bath soap..Aku beli AQURA facial soap.Yang best AQURA ni ade carbon. Ada macam2 kebaikan la macam kurangkan mengantuk sume n kalau yang bath soap tu kaler hitam untuk hilangkan jerawat2 badan. Aku beli dengan maksu aku seketul AQURA Facial Soap tu harga RM35.Seketul boleh tahan 2 sampai 3 bulan. Tapi ikut la cara korang pakai kan. Bila pakai sabun ni bau wangi je n muka akan rasa soft  n kurang berminyak lepas tu. Muka pon jadik cerah n flawless. Memang berkesan dengan kulit muka aku. Aku tak pakai toner n moisturizer pon.Tapi aku pakai tak sampai setahun sebab maksu aku dah takde stok lagi. Produk ni susah nak dapat n ade stok area KL je. So, aku stop pakai. Sampai sekarang still mencari produk ni lagi.



Sebamed
Produk ni aku pakai lepas stop pakai AQURA. Pakai pon sebab muka dah start berjerawat balik n berminyak. Tapi tak lama sebab rasa muka makin teruk n kulit kasar.

Olay Clarity
Produk ni aku pakai takde la lama mana.Untuk oily n combination skin.Takde ape2 efek.


Safi Balqis Perfect 10 
Produk ni aku pakai lepas agak lama jugak tinggalkan produk Safi. Aku pakai sebab tertarik ngan iklan dia time baru2 keluar. Aku pakai sekali dengan krim safi perfect 10 tu. Ok la pakai kulit rasa soft n makin cerah tapi jerawat memang taknak hilang. 2-3 tahun jugak pakai tapi takde ape2 efek kurangkan jerawat. Maybe sebab dia bukan untuk hilangkan jerawat kan.

Garnier Pure Active Foam
Ni la produk yang buat aku merana sampai sekarang. Kulit yang sebelum ni tak berapa oily n berjerawat jadik sangat2 oily n berjerawat dengan banyak nya tang pipi n dahi.Teksture kulit pon jadik kasar. Aku try pakai time cuti sem 3 akhir bulan 1 2012. Pakai dalam 2- 3 bulan rasanya.Hasilnya,aku rasa nak menangis tengok kulit aku merah2 n berjerawat batu dekat hidung n pipi. Malu tak tahu nak cakap. Confident level aku drop giler. Aku stop pakai lepas ramai member2 tegur...:'(:'(

Clean n Clear Deep Action Cleanser
Pakai produk ni pon sebab member syorkan lepas tengok muka aku berjerawat teruk.Itu pun sebab dia pakai n berkesan kat muka dia. Aku rehatkan muka aku seminggu tak pakai ape2.Aku pakai yang kaler biru pekat untuk oil control.Aku pakai sekali toner dia. Ni first time pakai toner. Tapi tu pun pakai kadang2 je. Aku pakai 3-4 bulan produk ni. Pakai muka rasa soft je tapi kulit jadik kusam, muka berminyak n still berjerawat. Jerawat dekat pipi n dahi still tumbuh tak dapat control..:(

Simple
Aku pakai produk ni baru2 ni jugak lepas stop pakai Clean n Clear. Gatal2 nak cuba sebab tengok member aku yang berjerawat kulit die okay pakai produk ni. Kulit die jadik halus mulus takde jerawat n dahi licin je. Jeles betul aku tengok. Aku try pek prcubaan. Pakai cleanser, toner n moisturizer die skali. But this produk do not work for me.:(.Pakai seminggu lebih je sebab tak tahan kulit jadik kering n rasa ketat bila pakai pencuci muka dia. Kulit muka jadik kering n jerawat pon mula tumbuh.Membazir macam tu je duit aku.

Cosmoderm Tea Tree Oil Series
Aku kenal produk ni pon sebab sepupu aku syorkan masa cuti raya bulan 8 tahun ni..dia pakai yang set Vitamin E series punya sebab dia jenis kulit normal.Masa dia  cerita tu baru aku kenal Cosmoderm. Dia cerita pasal membe dia yang banyak jerawat makin ok pakai produk ni. Lagipun produk ni HALAL n buatan Malaysia. Tapi masa tu aku takut nak cuba sebab produk ni agak susah n carik kat mall Bintulu ni n kena beli online.Disebabkan rasa jeles dengan kulit membe2 lain yang lawa2 n stress dengan kulit yang tak okay2,aku pon tekad nak order online produk ni. Aku google review produk Cosmoderm TTO ni n ramai cakap berkesan dekat muka diorang. Aku lagi la kan bersemangat nak try produk ni. Mula2 aku like page Cosmoderm (Halal Personal Care Product). Aku pm diorang n tanya mana nak dapat produk ni dekat area Bintulu. Pihak cosmoderm cakap takde n kena beli online dekat website diorang..www.mycosmoderm.com.
Mula2 aku order online pencuci, toner n anti-blemish die yang kecik tu. Aku tak order moisturizer sebab tak yakin kulit berminyak macam aku boleh pakai moisturizer. That's why aku tak pernah pakai moisturizer. Just pakai krim safi balqis Perfect 10(tutup biru).

Aku start pakai Cosmoderm TTO tanpa moisturizer sebulan lebih yang lepas..

Problem:
Kulit bermasalah, jerawat berulang dekat dahi n pipi, parut jerawat susah nak hilang, kulit over oily sampai kena pakai clean& clear oil control film tu.

Hasil lepas pakai
Pencuci muka dia memang tiptop. First day pakai muka rasa fresh n free dri minyak. Muka rasa bersih giler2. Mungkin sebab tea tree oil memang elok untuk heal jerawat n remove excess oil kat kulit.*tau pon sebab tanya dengan pakcik google sebelum ni..:P
First day pakai antiblemish n toner rasa pedih n terbakar especially dekat kulit kering n sensitif sekitar hidung.
Lepas dekat nak sebulan pakai
Muka rasa fresh n muka yang dulu over oil dah 99% okay. Tak perlu guna oil control film lagi. Tapi anti blemish macam tak berkesan untuk aku sebab jerawat tak heal pon. Seminggu pakai tapi takde pape kesan. Untuk jerawat aku just tepek krim safi tutup hijau dekat jerawat untuk healkan dia. Alhamdulillah makin okay.Pakai toner tapi still pedih lagi sampai la aku tanya pihak Cosmoderm tentang cara penggunaan toner. So, diorang ajar just dap2kan toner pakai tangan n jangan pakai kapas.Kalau nak pakai kapas pun letak sikit je toner n just dap2kan je. Jangan gosok kuat2. Alhamdulillah dah tak pedih lagi.Tapi kulit aku rasa kering mungkin sebab tak guna moisturizer.So, aku decide pakai moisturizer dia.

2 minggu lebih lepas pakai 1 set (Pencuci muka TTO+ toner TTO+ moisturizer TTO)
Muka dah tak oily just jerawat tengah heal sikit2. Moisturizer memang tiptop sebab tak berminyak n 
cepat serap. Muka pon rasa lembut n licin je lepas apply kat kulit. Kulit muka dah tak oily just tunggu nak healkan jerawat n hilangkan parut2 jerawat dekat muka. Rasa macam nak beli magic exfoliating marvel gel untuk removekan blackhead n whitehead dekat muka.Sekarang aku pakai campur2 dengan krim safi tutup biru( base makeup) n krim safi tutup hijau(heal jerawat+gebukan kulit).

Aku nak teruskan pakai produk ni n tengok hasil dia lagi sebulan..Hopefully this product work for me n the last product for me. Aku dah malas n takut nak tukar2 produk lagi. Hopefully Cosmoderm can give me miracle.^^InsyaAllah. Aku melompat2 terkinja2 aritu bila produk cosmoderm TTO da ade kat Guardian PCM Bintulu. Tak payah susah nak order online lagi..yehaaaaa:)
Haa..lagi 1 bestnya servis dia memang tiptop. Order arini n 3 hari lepas tu sampai.Cosmoderm guna Airpack.Kalau korang ade sebarang pertnyaan or nak dapatkan advice boleh tanya direct dekat fanpage FB Cosmoderm(ade dekat link aku bagi kat atas). Mereka memang friendly n cooperate dengan soalan2 customer.. TIPTOP betol!!..

Ni semua produk Cosmoderm yang aku guna dengan krim safi tutup biru+hijau

 p/s: sori la panjang sangat..har har har. Aku memang terlebih eksaited nak review skincare ni..kbye..Wasalam.:)

4 comments:

a t h i r a h said...

hi wafau,nk tnya still guna lg x set cosmoderm? sbb baru nak cuba..hehe..how's ur skin now?

Wanie a.k.a Wafau said...

athirah- saya dah x pakai set cosmoderm. 5 bulan sy guna xdpt effect yg memuaskan.xde jodoh agaknye.. Skrg guna product lain..huhu

Lin Azlina said...

sy pakai dkt 3 minggu..minggu prtma pakai cam terok jer..jerawat kuar lagi.. tp still pakai...mcm dah okey jer...

shafikaamin said...

tak sesuai ke camna? sebab baru nak try. and risau jugak ni.